Jenayah

Pengurus Kedai Kek Rogol Remaja

Lelaki terbabit yang membawa mangsa yang juga pekerja kedai kek berkenaan ke rumahnya di Puchong Prima.

Suspek menghilangkan diri selepas mangsa membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata pihaknya menerima laporan dari mangsa dua hari selepas kejadian berkenaan.

“Pada masa ini kita sedang mengenal pasti identiti suspek berdasarkan maklumat yang diberikan mangsa bagi membantu kita mengesannya dan menjalankan siasatan lanjut.

“Berdasarkan butiran diberikan, kami yakin suspek dapat diberkas dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi BH malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 11 pagi itu, suspek dilaporkan menjemput mangsa dari rumahnya di Bandar Puchong Jaya, atas urusan kerja sebelum dibawa ke rumah suspek di Puchong Prima bagi tujuan mengambil barang.

Selepas tiba di kediaman suspek, mangsa diminta masuk ke dalam rumah sebelum dipujuk untuk mengikut ke bilik tidur.

Suspek kemudian dipercayai memeluk sebelum menolaknya ke atas katil dan merogol mangsa, meskipun dia dipercayai sedang haid.

Mangsa juga turut diugut untuk tidak membocorkan perkara berkenaan kepada sesiapa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");