Membawang Hari Ini

Penyanyi Dakwa Dicabul Anggota Backstreet Boys

ANGGOTA kumpulan Backstreet Boys, Nick Carter dituduh menodai seorang bekas ahli  sebuah kumpulan penyanyi wanita.

Menurut laporan BBC, Melissa Schuman mendedahkan perkara tersebut melalui blognya, awal bulan ini.

Schuman, 33,  bekas ahli kumpulan Dream mendakwa Carter menodainya ketika beliau berusia 18 tahun.

Ketika kejadian pada 2003 itu, Schuman berada di apartmen milik Carter.

Carter didakwa melakukan seks oral ke atas Schuman dan kecewa apabila mangsa menolak pelawaan untuk mengadakan hubungan seks.

Anggota kumpulan Backstreet Boys itu kemudian didakwa mencampak Schuman ke atas katil dan menodai mangsa.

Kata Schuman, pengakuan tersebut dibuat selepas Carter dilaporkan disiasat kerana menyerang seorang peminat berusia 20-an secara seksual pada 2006, bulan lepas.

Sementara itu, Carter mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan wanita terbabit.

“Ia adalah kontra dengan sifat saya dan segala yang saya pertahankan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");