Perak Hari Ini

Perak bentang Bajet RM1.17 Bilion

IPOH:Kerajaan negeri membentangkan Bajet 2018 berjumlah RM1.17 bilion bertemakan rakyat aman dan jaya yang memberi tumpuan kepada lima fokus utama.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata daripada jumlah itu, RM755.5 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM421.2 juta lagi berkaitan perbelanjaan pembangunan.

Katanya pembentangan kali ini adalah bagi memastikan kesinambungan pembangunan negeri dan pengupayaan ekonomi rakyat diteruskan.

“Bajet 2018 memberikan fokus utama dalam memacu pembangunan ekonomi negeri, memakmur dan mensejahterakan rakyat yang memberi penekanan kepada lima fokus utama,” katanya dalam satu sidang media selepas pembentangan Bajet 2018 negeri Perak di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Turut hadir para penerima bantuan dan manfaat daripada pelbagai sektor usahawan, pendidikan, pelancongan dan pembasmian kemiskinan.

Katanya belanja pengurusan 2018 merupakan yang terbesar berbanding tahun ini berikutan setiap tahun pastinya terdapat penambahan peruntukan pengurusan yang terus meningkat secara keseluruhan.

“Kita sentiasa membentangkan bajet defesit yang berakhir dengan lebihan bergantung kepada pelbagai sumber termasuk sumber baru,” katanya.

Jelasnya Kerajaan Negeri tidak gunakan kaedah kenaikan cukai tetapi menggunakan pendekatan kreatif untuk tambah pendapatan kerajaan Negeri.

Terdahulu semasa pembentangan perbelanjaan pembangunan melibatkan peruntukan sebanyak RM196.16 juta bagi memacu ekonomi negeri di kawasan bandar dan luar bandar, RM103.26 juta bagi memakmur, mensejahtera dan mengupayakan sara diri rakyat, RM92.6 juta bagi melahirkan masyarakat berilmu serta generasi cemerlang dan RM29.6 juta untuk kelestarian sumber dan khazanah negeri.

Bagi sektor pelancongan, Kerajaan negeri memperuntukkan RM8 juta pada tahun 2018 untuk menyemarakkan lagi sektor pelancongan negeri ini.

Manakala bagi rangkaian pengangkutan dan perhubungan Negeri Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.5 juta bagi perkhidmatan bas rakyat untuk laluan pengangkutan awam yang sukar seperti di kawasan Kuala Kangsar dan Manjung malah ia akan diperluaskan ke daerah lain seperti Muallim dan Kerian.

Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi operasi Kedai Bergerak 1Amanjaya berbanding RM750,000 sahaja tahun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");