Perak Hari Ini

Perak Catat Penurunan Jumlah Aduan Media Baru

IPOH:Setakat Oktober tahun ini sebanyak 6,275 aduan melibatkan media baru dilaporkan dan menunjukkan peningkatan sebanyak 21 peratus berbanding 4,909 jumlah aduan pada tahun 2016 di seluruh negara.

Berdasarkan statistik tersebut, Negeri Perak telah mencatatkan jumlah penurunan 25 peratus aduan siber iaitu sebanyak 44 aduan berbanding pada tahun lepas sebanyak 59 aduan dilaporkan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi,Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, berdasarkan statistik Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC) membuktikan bahawa pengguna di negeri ini semakin berhemah dan mempunyai sikap bertanggungjawab.

“Mengikut jumlah penurunan tersebut ia menunjukkan pengguna alam siber di Perak semakin berhemah,” katanya pada dalam satu sidang media pada seminar perundangan mengenai penyalahgunaan media sosial dan impak kepada negara di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

Beliau terdahulu mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir merasmikan persidangan yang dihadiri oleh 1,000 peserta.

Sementara itu, Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Zulkarnain Mohd Yasin berkata MCMC telah menyekat sebanyak 2,765 lawan sesawang iaitu peningkatan sebanyak 40 peratus kandungan lawan sesawang yang dikhuatiri akan merosakkan dan bertujuan melindungi masyarakat secara amnya.

Katanya kebanyakan laporan melibatkan penggunaan Facebook dan WhatsApp Messenger.

“Bagaimanapun dalam banyak keadaan paling penting sikap dan tanggungjawab pengguna media sosial itu sendiri dan melalui program kesedaran yang dianjurkan di seluruh negara membudayakan rasa tanggungjawab dan waspada serta budaya menyemak sebelum menyebarkan berita termasuk penggunaan portal sebenarnya.my,” katanya

Jelasnya sekatan dilakukan pihak MCMC melibatkan isi kandungan berunsur lucah, bersifat palsu (jenayah siber phishing), mengancam juga jelik secara keseluruhan.

“MCMC mengambil tanggungjawab melindungi ekosistem persekitaran alam siber negara berada dalam keadaan sejahtera namun ia bukan tanggungjawab pihak berkuasa semata-mata kerana individu masyarakat juga harus memainkan peranan.

“Sekatan tidak hanya bergantung pada pemantauan tetapi kebanyakan sekatan berasaskan aduan yang diterima oleh orang awam dan diterima dari agensi PDRM serta Bank Negara,” katanya lagi.

Berikutan itu orang ramai dan pengguna media sosial disaran supaya lebih berwaspada dan tanggungjawab apabila berada di alam maya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");