Perak Hari Ini

Perak Salur Bantuan RM100,000 Beli Peralatan Pasca Banjir Di Pulau Pinang

IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan meluluskan peruntukan RM100,000 bagi membeli peralatan khusus untuk bantuan pasca banjir kepada mangsa yang terlibat dan terjejas di Pulau Pinang.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata tiga kumpulan akan dibentuk yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan,Datuk Saarani Mohamad, Setiausaha kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Datuk Rusnah Kassim

“Tiga kumpulan ini akan mengenalpasti kawasan untuk disalurkan bantuan mengikut keperluan mangsa banjir di Pulau Pinang,” katanya.

Jelasnya, bentuk sumbangan bukan sahaja peralatan menghadapi pasca banjir namun setiap kumpulan yang dibentuk akan turun membantu mangsa banjir yang terjejas.

“Antara masalah yang dihadapi mangsa banjir adalah bagaimana untuk mengurus keadaan sekitar selepas bencana itu berlaku dan adalah wajar untuk kita meneruskan usaha membantu jiran kita.

“Saya harap ia akan dilaksanakan dalam kadar yang segera melalui pihak kita dengan pasukan yang dibentuk,” katanya pada satu sidang media sejurus selepas mesyuarat exco hari ini.

Beliau turut menegaskan bantuan tersebut sebagai tanda simpati kepada negeri lain yang berhadapan dengan masalah sedemikian.

“Saya harap ia tidak menjadi isu politik kerana ia masalah kemanusiaan, negeri itu jiran kita dan semangat rakyat masalah malah merentasi soal politik,” katanya.

Terdahulu beberapa agensi di negeri ini telah disaran supaya membantu dan memberi bantuan segera kepada mangsa banjir di negeri tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");