Perak Hari Ini

Perak Sedia Salur Bantuan Banjir Pada Pulau Pinang-MB Perak

IPOH:Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir merakamkan simpati kepada penduduk Pulau Pinang yang berdepan dengan kesulitan banjir yang dianggap terburuk di negeri itu.

Berikutan itu beliau telah mengarahkan agensinya Lembaga Air Perak (LAP) berhubung dengan pihak Lembaga Air Pulau Pinang bagi menyalurkan bentuk bantuan yang diperlukan negeri terbabit.

“Saya sudah meminta LAP untuk berhubung dengan Lembaga Air Pulau Pinang bagi urusan bantuan diperlukan,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Jelasnya menjadi tanggungjawab setiap negeri serta semua pihak bagi memberi bantuan apabila ia melibatkan bencana alam dan sama sekali merentasi batas politik.

“Ia bukannya soal merentasi politik apabila berlaku bencana sebegini dan saya mengarahkan pihak LAP Perak melihat apa perlu bantuan untuk diberikan,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai keadaan banjir di negeri ini, katanya setakat ini banjir di Perak masih terkawal bagaimanapun pemantauan di sepanjang jajaran sungai Perak perlu diberikan perhatian.

“Kita sedang memantau di kawasan utara negeri setakat ini dan saya dapat laporan kawasan terjejas melibatkan Ulu perak, Gerik dan Lenggong.

“Jajaran sungai Perak perlu diberikan perhatian kedudukan terkini sehingga petang ini buka satu pusat pemindahan melibatkan 21 keluarga di kawasan Kampung Sumpitan malah terdapat sedikit tanah runtuh berpunca dari hujan berterusan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");