Berita Hari Ini

Perdana Menteri Pantau Situasi Banjir Di Kedah

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memantau situasi banjir di Kedah dan menyalurkan bantuan yang perlu kepada mangsa banjir di negeri itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya meneliti perkembangan banjir di Kedah dan saya doakan semua yang terkesan daripadanya tabah dan mengikuti panduan serta arahan pihak berkuasa,” katanya menerusi Twitter malam semalam lapor Bernama.

Setakat 8 malam ini, jumlah mangsa banjir kilat di beberapa tempat di Kedah turun kepada 212 orang berbanding 385 orang petang tadi.

Jumlah mangsa dijangka terus berkurangan berikutan air di kebanyakan kawasan mulai surut selain aliran air ke sungai juga semakin lancar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");