Perak Hari Ini

Perkhidmatan Ambulans Sentiasa Di Tambah Baik

IPOH:Permulaan persidangan yang baru sahaja memasuki 20 minit pembukaan sedikit kecoh apabilai isu berkaitan jumlah perkhidmatan ambulans yang didakwa pihak pembangkang masih belum mencukupi bagi menampung keperluan orang awam.

Bagaimanapun, Exco Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon menegaskan bahawa kekurangan perkhidmatan itu disebabkan oleh beberapa faktor termasuk masalah kecemasan yang banyak dilaporkan pada satu-satu masa.

“Adalah tidak betul mengatakan perkhidmatan ini kurang tetapi dimaklum sememangnya ada berlaku kekurangan pada waktu tertentu apabila berlakunya jumlah kes kecemasan yang terlampau ramai pada satu-satu waktu.

“Ada kalanya disebabkan oleh keperluan kepada penyelenggaraan ambulans tertentu pada waktu tersebut dan terpaksa mengguna perkhidmatan hospital lain,” katanya menjawab soalan tambahan Adun Menglembu Lim Pek Har pada sesi persidangan mesyuarat ketiga, Penggal Kelima Dewan Undangan yang ketiga belas (DUN) yang bersidang hari ini.

Turut mencelah pada sesi tersebut Adun Sitiawan Datuk Ngeh Koo Ham yang turut mendapati kekurangan lima ambulans yang sudah rosak akibat kemalangan pada April lalu masih belum dibaiki dan hanya bergantung kepada 11 ambulan untuk memberi perkhidmatan kepada 250,000 orang awam di kawasan terlibat.

Bagaimanapun tegas Mah kekurangan terhadap perkhidmatan tersebut hanya berlaku pada waktu tertentu sahaja namun pada keseluruhan perkhidmatan yang disediakan termasuk kemudahan ambulans sentiasa diberi penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Setakat ini katanya, sejumlah 95 ambulans sedang beroperasi di 15 hospital seluruh negeri ini dan sebanyak 28 ambulans akan diterima pihak Jabatan Kesihatan Negeri pada 23 November ini serta sebanyak 27 ambulans akan diterima pada tahun hadapan.

Sementara itu,beliau turut menjelaskan pembinaan blok wanita, kanak-kanak dan pusat kardiologi (MCH) dijangka siap pada 16 Mac 2018 dan melibatkan proses latihan anggota dan perolehan aset perubatan dan bukan perubatan yang mengambil masa tiga hingga enam bulan.

“Setiap katil disediakan dengan sebuah kerusi sebagai kemudahan kepada pesakit dan waris malah katil adalah mencukupi kepada semua,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");