Berita Hari Ini

Permohonan Mkini Batal Saman PM Didengar 4 Januari

KUALA LUMPUR – Permohonan Mkini Dotcom Sdn Bhd (Mkini) dan dua editornya untuk membatalkan saman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh berhubung beberapa siri posting pembaca yang diterbitkan dalam laman web mereka akan didengar di Mahkamah Tinggi pada 4 Jan tahun depan.

Peguam Nor Hazira Abu Haiyan yang mewakili Najib dan Ab Rauf berkata Hakim Datuk Wira Kamaludin Md Said menetapkan tarikh itu dalam kamarnya semasa kes itu disebut di hadapannya hari ini.

Najib, mengemukakan saman itu atas kapasiti peribadi, dan Ab Rauf, memfailkan saman fitnah itu terhadap ketiga-tiga defendan berhubung siri posting pembaca yang diterbitkan dalam laman web mereka.

Najib dan UMNO menyaman Mkini Dotcom, Ketua Pengarang Malaysiakini Steven Gan, bekas ketua pengarang Fathi Aris Omar kerana kompilasi komen pembaca dalam dua artikel bagi ruangan “Yoursay” yang disiarkan pada 14 Mei 2014.

Mereka mendakwa artikel itu telah mencemarkan reputasi mereka dan menimbulkan andaian bahawa UMNO adalah tidak kompeten sebagai sebuah badan politik dan tunjang Barisan Nasional. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");