Membawang Hari Ini

Pesan Dari Tuhan Drama Terbaik ASK2017

KUALA LUMPUR: Karya arahan Erma Fatima, Pesan Dari Tuhan, dinobat sebagai Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) ,yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam tadi.

Memetik laporan BH Online, naskhah terbitan Rumah Karya Citra Sdn Bhd, yang ditayangkan menerusi TV2 itu turut merangkul anugerah Pengarah Terbaik, Lakon TV Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Remy Ishak).

Sementara itu, Hanyut, arahan U-Wei Saari turut mencatat kejayaan besar pada anugerah terbabit dalam kategori filem apabila membawa pulang trofi Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Filem terbitan Tanah Licin itu juga mengungguli kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi Khalid Salleh dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Diana Danielle).

Selain Diana yang berjaya mengulangi pencapaian pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-29, baru-baru ini, seorang lagi aktres, Sangeeta Krishnasamy, turut mencatat kejayaan sama apabila diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi Adiwiraku.

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem pula menjadi milik Khir Rahman daripada filem Rock Bro.

Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama, Fasha Sandha, yang menceburkan diri dalam dunia lakonan sejak 2002 diumumkan sebagai pemenang hasil persembahannya dalam Terima Kasih Ramadan siaran TV3.

Seorang lagi pelakon drama terbitan ZK Creative Sdn Bhd itu, Azizah Mahzan, pula memenangi kategori Pembantu Wanita Terbaik Drama.

Trofi Pelakon Lelaki Terbaik Drama diberikan kepada Hasnul Rahmat, yang menunjukkan lakonan hebat dalam Kapcai Ayah.

Bagi kategori Drama Rantaian Terbaik, trofi diserahkan kepada produksi Orangetree Production Sdn Bhd untuk drama terbitan mereka, My Sweet Lavender.

Antara pemenang lain ialah Budak Ijat bagi kategori Drama Komedi Terbaik, Ellie Suriaty (Pelakon Komedi Terbaik), Mentor Milenia 2017 Akhir (Rancangan Realiti Terbaik) dan Anugerah Juara Lagu 31 (Rancangan Anugerah Terbaik).

ASK2017 yang mengangkat tema Mencipta Fenomena mempertaruhkan 33 kategori, dengan 13 daripadanya diumumkan pada acara prelude yang diadakan pada sebelah petang.

Jika acara kemuncaknya menyaksikan gandingan Fahrin Ahmad, Jihan Muse dan Shuk Balas sebagai pengacara, acara prelude pula dikendalikan Haiza dan Issey Fazlisham.

Acara anugerah turut menyaksikan persembahan daripada Akim & The Majistret, Haqiem Rusli, Stacy, SalamMusik, Mark Adam, Issey, Nora Ariffin, Ayda Jebat, Hael Husaini, Zizan Razak, Azira Shafinaz, Black dan Jaclyn Victor.

ASK 2017 mendapat kerjasama penaja utama, Olay; penaja bersama Oppo dan rakan penaja McCafe.

Keputusan penuh ASK2017:

Kategori Drama:

1. Drama Terbaik: Pesan Dari Tuhan

2. Pengarah Terbaik Drama: Erma Fatima (Pesan Dari Tuhan)

3. Lakon TV Terbaik: Pesan Dari Tuhan

4. Pelakon Lelaki Terbaik: Hasnul Rahmat (Kapcai Ayah)

5. Pelakon Wanita Terbaik: Fasha Sandha (Terima Kasih Ramadan)

6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Remy Ishak (Pesan Dari Tuhan)

7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Azizah Mahzan (Terima Kasih Ramadan)

8. Drama Rantaian Terbaik: My Sweet Lavender

9. Pelakon Komedi Terbaik: Ellie Suriaty (Papa Sayang)

10. Drama Komedi Terbaik: Budak Ijat

11. Videografi Terbaik: Terima Kasih Ramadan

12. Suntingan Terbaik: Terima Kasih Ramadan

13. Drama Rantaian Popular Media Sosial: Pergilah Air Mata

Kategori Filem:

1. Filem Terbaik: Hanyut

2. Pengarah Terbaik: U-Wei Saari

3. Lakon Layar Terbaik: Hanyut

4. Pelakon Lelaki Terbaik: Khir Rahman (Rock Bro)

5. Pelakon Wanita Terbaik: Sangeeta Krishnasamy (Adiwiraku)

6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Khalid Salleh (Hanyut)

7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Diana Danielle (Hanyut)

Kategori Program dan Majalah:

1. Rancangan Majalah Terbaik: Misi-K 2016 (Misi Kemanusiaan Pulau Cebu, Filipina)

2. Rancangan Realiti Terbaik: Mentor Milenia 2017 Akhir

3. Rancangan Anugerah Terbaik: Anugerah Juara Lagu 31

4. Rancangan Dokumentari Terbaik: Jejak Rasul As Salam 2017 (Batu Terapung)

5. Rancangan Bual Bicara Terbaik: Wanita Hari Ini (Khunsa)

6. Rancangan Hiburan Terbaik: Melodi Raya

7. Laporan Khas Berita Terbaik: Buletin Utama (Ulat Parkir)

8. Videografi Terbaik: Mahligai Cinta

9. Suntingan Terbaik: Mana Kawan Adik

10. Penataan Cahaya Terbaik Rancangan Siaran Langsung: Anugerah Juara Lagu 31

11. Penataan Bunyi Terbaik Rancangan Siaran Langsung: 3 Juara

12. Reka Bentuk Set Terbaik: Rentak Juara ke-17 Akhir

13. Montaj Terbaik: Anugerah Juara Lagu 31

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");