Perak Hari Ini

PFoI Bakal Dilaksanakan Dalam Pemukiman Menteri Besar Akan Datang

IPOH: Satu sesi pengumpulan idea yang berkonsepkan seperti Perk Festival Of Ideas (PFoI) akan diadakan pada Program Pemukiman Menteri Besar Perak yang akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, sebagaimana  diadakan sesi dialog berbentuk ‘townhall’, Transformasi Nasional 50 (TN50), pendekatan PFoI ini akan diperluaskan di seluruh daerah, yang menyasarkan semua peringkat masyarat.

“Ini merupakan salah satu pendekatan yang kita akan mulakan tahun ini dan ianya akan berterusan.

“Seperti mana kita laksanakan program TN50 di setiap siri program pemukiman, pada kali ini kita akan ada pendekatan PFoI di setiap daerah dan kawasan yang kita turun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (BN – Slim) di Sidang Dewan Undangan Negeri, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, hari ini.

Tambah Zambry,  sehingga 30 Oktober lalu, sebanyak 2,700 idea telah berjaya dikumpul dan melalui Institut Darul Ridzuan (IDR), ianya akan dianalisa sama ada berpotensi dilaksanakan di peringkat negeri mahupun persekutuan.

“Idea-idea ini akan ditapis dan diperinci dengan lebih rapi untuk dimasukkan rancangan pembangunan negeri dalam kerangka Gagasan Perak Amanjaya 2.0 kelak,” katanya.

Pada masa sama, ketika menjawab soalan tambahan daripada ADUN Lee Chuan How (DAP-Pasir Pinji), beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri sentisa menerima pandangan dan menyediakan ruang yang secukupnya kepada rakyat bagi menyumbangkan sebarang idea untuk pembangunan Perak.

“Sememangnya kita senantisa mewujudkan ruang dan suasana untuk rakyat dalam konteks constructive (membina) dan bukanya destructive (memusnahkan).

“Sebagai contoh, menerusi penganjuran PFoI, dalam kesemua 70 program itu, kita telah pergi ke beberapa kawasan seperti pusat konvensyen, universiti, termasuk tempat tumpuan anak muda dan kegiatan seni, untuk mendapatkan idea di semua peringkat masyarakat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");