Isu Panas

PH Lewat Didaftar Angkara PPBM,DAP

PUTRAJAYA- Racangan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk bersemuka dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan status pendaftaran Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan politik yang sah nampaknya tak kesampaian.

Pengerusinya Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Timbalan Perdana Menteri  Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempunyai urusan lain yang lebih penting.

Bagaimanapun, pihaknya dapat berjumpa dengan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Kata Mahathir lagi, masalah yang melanda dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP merupakan punca utama proses pendaftaran Pakatan Harapan mengalami kelewatan.

“Kalau masalah ini diberitahu awal boleh kami selesaikan, kami tiada niat untuk membantah atau timbulkan masalah pada kerajaan.

“Apa jua kehendak dan syarat yang tidak berlanggar dengan undang-undang akan kami patuhi,”katanya dalam satu sidang akhbar di pekarangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Turut hadir pada pertemuan itu Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu.

Difahamkan masalah yang dimaksudkan oleh KDN merujuk kepada Mesyuarat Agung PPBM dan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Sebelum ini, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah memberi amaran kepada PPBM kerana melakukan tiga kesalahan iaitu tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti sehingga boleh menyebabkan parti itu dibatalkan.-MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");