Berita Hari Ini

PM Buktikan Politik Matang lawat Anwar: Mustapa

TUMPAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai pemimpin yang berjiwa besar dan mengamalkan politik matang apabila melawat ‘musuh’ politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memetik laporan BH Online, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata lawatan Najib terhadap Anwar yang sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam, adalah atas dasar prinsip dan ukhuwah sesama Islam.

“Sebelum ini Perdana Menteri turut melawat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Dalam politik, walaupun Anwar adalah musuh Barisan Nasional (BN), lawatan itu menunjukkan Perdana Menteri kita berjiwa besar.

“Suatu masa dahulu, Anwar juga pemimpin BN (bekas Timbalan Perdana Menteri) dan pernah berada di bawah pimpinannya, jadi tidak akan terputus silaturrahim itu sekali gus menunjukkan betapa hebatnya politik yang diamalkan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Semarak Bahasa sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2017 peringkat negeri Kelantan di Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru, hari ini.

Yang turut hadir adalah, pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Abdul Adzis Abas.

Semalam, Perdana Menteri ditemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor melawat Anwar yang kini sedang menerima rawatan di HKL selepas menjalani pembedahan artroskopi susulan kecederaan di bahu kanan Ahad lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");