Membawang Hari Ini

PM Doakan Zizan Kembali ‘Kejar Penjenayah’

KUALA LUMPUR: Kejadian pelakon, Zizan Razak, yang pitam ketika lokasi penggambaran Polis Evo 2, baru-baru ini mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menerusi perkongsian gambar di laman Instagram @zizanrazak869, kata-kata semangat pemimpin nombor satu itu terselit antara lebih daripada 3,000 komen yang mendoakan agar pelakon kesayangan ramai itu kembali pulih seperti sedia kala.
“Semoga cepat sembuh Zizan. Saya doakan cepat sembuh, kembali kejar penjenayah dalam Polis Evo 2,” ucap Perdana Menteri yang turut dibalas pelakon itu dengan ucapan terima kasih, lapor Utusan Online.
“Insya-Allah Datuk Seri. Saya akan usaha yang terbaik demi menjaga keamanan Malaysia. I love you Datuk Seri,” ujar Zizan pula.

Dalam kejadian Isnin lali, Zizan mengakui terlalu letih sehingga menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

Dia kini dalam proses berehat buat masa ini dalam masa yang sama mendapat rawatan dan nasihat daripada doktor bagi mendapatkan semula momentumnya.

Entri yang dikongsi beberapa jam selepas kejadian mencemaskan di Kuantan, Pahang, pada 20 November lalu itu turut mendapat 181,000 ‘like’ daripada pengikutnya.

Selain Zizan, filem terbabit membariskan Shaheizy Sam, Raline Shah, Erra Fazira dan Hairul Azreen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");