Jenayah

Polis Nafi Berita Tular 18 Maut Kemalangan Di Segamat

SEGAMAT – Polis menafikan berita tular tersebar di laman sosial yang mendakwa 18 orang terdiri daripada pelajar Kolej Vokasional Segamat dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan treler di Kampung Melayu Raya, Segamat semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat meminta orang ramai yang menyebarkan berita berkenaan agar menghentikan penyebaran berita itu.

“Saya nasihatkan orang ramai agar meneliti kesahihan berita dengan menyemak sumber berita atau membuat rujukan dengan pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum berkongsi berita di laman sosial,” katanya memetik laporan Bernama hari ini.

Raub berkata kesemua 20 mangsa yang cedera ringan dan dirawat di Hospital Segamat telah dibenarkan pulang hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Bandar Baru Segamat, Pegawai Kanan Penguasa Bomba, Mohd Aziad Mamat berkata phak bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai kira-kira pada pukul 4.20 petang semalam dan sampai ke tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

“Apabila tiba di tempat kejadian pasukan bertugas mendapati bahawa berlaku kemalangan membabitkan sebuah bas dan sebuah lori treler namun tiada kehilangan nyawa,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");