Berita Hari Ini

Polis Sudah Lama Buru Raja Dadah

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah lama memburu dan melumpuhkan raja-raja dadah yang ada dalam negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Masir Kujat berkata, sehingga tahun ini, polis sudah melakukan sehingga 68 tangkapan terhadap raja dadah, selain merekodkan penahanan lebih 700,000 individu berkaitan najis dadah.

“Beberapa hari lalu, Timbalan Perdana Menteri ada umumkan seramai 68 pengedar atau raja dadah ditangkap pihak berkuasa.

“Kami sedang bertungkus lumus menangkap mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah,” katanya dalam sesi jawab lisan, di Dewan Rakyat, pada Selasa lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Idris Ahmad (Pas-Bukit Gantang) yang mengadu kurang berpuas hati dengan rekod tangkapan pengedar dadah sejak kebelakangan ini.

Menurut Idris, beliau agak risau tentang pelajar sekolah mudah terjebak dengan masalah dadah yang semakin membarah di negara ini.

Dalam masa sama, Idris turut menuntut kementerian menyatakan jumlah tangkapan pihak berkuasa ke atas pengedar dadah pada tahun ini.

“Saya dengar Polis DiRaja Malaysia mempunyai rekod dan kedudukan yang tinggi dalam penahanan penjenayah.

“Tapi kenapa kita lihat tangkapan polis terhadap pengedar dadah kurang memuaskan?” soal Idris.

Menurut Masir lagi, kementerian sentiasa mengadakan kerjasama dengan NGO untuk memberikan kesedaran tentang bahaya dadah kepada masyarakat.

“Program kesedaran diadakan turut meliputi seluruh negara dan melibatkan pelajar peringkat sekolah dan juga pengajian tinggi,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");