Jenayah

Polis Tumpas Geng Langgar, Samun Kenderaan

PETALING JAYA – Polis menumpaskan geng langgar dan samun kenderaan melibatkan sembilan kenderaan, dianggarkan bernilai kira-kira RM220,000.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata lima suspek ditahan di Subang Jaya, Selangor dan Perak susulan penahanan dua suspek di Damansara Perdana pada Ahad lepas.

“Modus operandi mereka ialah menyamun dengan cara melanggar kenderaan mangsa dari belakang sebelum bertindak menyamun dan melarikan kenderaan. Kenderaan yang dilarikan juga turut digunakan untuk menyamun mangsa seterusnya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek yang berumur 20 hingga 30-an itu direman bermula Ahad lepas sehingga Rabu depan dan susulan penangkapan itu, polis percaya berjaya menyelesaikan 10 kes langgar dan samun kenderaan antara 18 dan 30 Okt sekitar Petaling Jaya.

“Hasil siasatan mendapati kesemua suspek turut aktif dalam aktiviti samun di sekitar Negeri Sembilan dan Johor,” katanya.

Beliau berkata polis turut merampas peralatan dan senjata yang digunakan untuk menyamun.

Mohd Zani berkata polis masih memburu tiga lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar terus ke balai polis berhampiran atau ke stesen minyak sekiranya mendapati kenderaan mereka dilanggar dari belakang.

“Jika kenderaan telah dilanggar, jangan terus keluar dari kenderaan kerana dikhuatiri ia dilakukan oleh sesetengah kumpulan untuk menyamun,” katanya. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");