Jenayah

Port Dadah Tular Dalam Laman Sosial Diserbu

SUNGAI PETANI: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyerbu ‘port’ penagihan dadah di dalam hutan berhampiran Kampung Pegawai, Tikam Batu dekat sini, yang tular dalam media sosial, semalam.

Ketua Pegawai AADK Kuala Muda, Shamshuri Yusoff berkata, serbuan pada 10 pagi semalam membawa kepada penahanan 10 individu lelaki berusia lingkungan 20 hingga 70 tahun, dipercayai penagih dadah, ketika cuba memasuki kawasan hutan terbabit.

“Kawasan ini mula tular dalam sebuah laman sosial sejak seminggu lalu, dipercayai ditularkan oleh seorang bapa yang mempunyai anak terlibat dengan dadah.

“Kami percaya lokasi terbabit turut dijadikan tempat pembungkusan dadah susulan penemuan banyak straw yang digunakan untuk tujuan itu,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata, serbuan yang melibatkan 12 anggota itu dijalankan dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

“Kesemua yang ditahan itu bekerja sebagai buruh dan melakukan kerja kampung, dibawa ke Pejabat AADK Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemuanya positif dadah jenis opiat dan methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");