Perak Hari Ini

PPPNP, iGROW Jalin Kerjasama Latih Usahawan Bidang Pertanian

IPOH:Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) dan Agro Usahawan (iGROW) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) meliputi tiga bidang kerjasama untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan separuh mahir dalam sektor perladangan.

Kerjasama itu dijangka satu elemen yang penting untuk aset masa depan dalam menjadikan negeri Perak sebagai pengeluar produk makanan negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PPPNP, Datuk Ahmad Rizal Abdul Rahman kerjasama tersebut adalah salah satu insiatif pihak kerajaan negeri untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan separuh mahir dalam bidang pertanian.

Berikutan itu PPPNP telah menaja 100 orang pelajar untuk menyambung pengajian di iGrow kemahiran dan keusahawan bagi tempoh setahun.

“Kolaborasi ini bukan sahaja menaja tetapi kesinambungan penyediaan tenaga mahir kepada sektor pertanian dan perladangan PPPNP dan berkaitan agro tourism dan sebagainya,” katanya dalam satu sidang media sejurus memeterai MoU yang disaksikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Bangunan Darul Ridzuan hari ini.

Katanya lagi,sekirany langkah tersebut tidak digarap bermula dari sekarang sudah tentu ia tidak akan menjadikan satu pembangunan seimbang antara fizikal bagi peneraju sektor tersebu.

“PPPNP mahu membentuk usahawan dan mengurangkan kebergantungan kepada sektor pengajian lagi keboleh pasaran dan untuk mengembangkan negeri ini sebagai negeri pengeluar.

“Cabarannya kini mempunyai teknologi, boleh membeli teknologi menguasainya tetapi jika tidak mampu melatih orang mengendalikan teknologi itu adalah satu kerugian,” katanya.

Sementara itu bagi Pengarah Eksekutif iGROW, Nordin Abdul Malek kerjasama melibatkan tiga aspek iaitu latihan berasaskan pertanian, pembangunan elemen usahawan dikalangan graduan dan latihan asas kemahiran sumber manusia.

“Kita memfokuskan kepada kemahiran dan keusahawan di ladang Igrow di Sungai Galah Changkat Tin yang mana pelatih akan terus beroperasi di situ yang akan dibimbing oleh syarikat yang dilantik.

“Kita mengenalpasti model terbaik dan akan menjayakannya melalui ladang integrasi iGrow malah mungkin sebahagian pelatih akan menjalankan kegiatan di kampung halaman masing-masing,” katanya.

Hasil MoU tersebut iGROW akan beroperasi di sebidang tanah milik PPPNP di Mukim Tanjung Tualang Daerah Kinta yang berkeluasan 70.25 hektar untuk tempoh 30 tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");