Berita Hari Ini

Produktiviti Buruh Negara Catat Pertumbuhan Memberangsangkan – PM

KUALA LUMPUR: Produktiviti buruh negara mencatatkan pertumbuhan kepada 4.2 peratus bagi suku ketiga tahun ini, lebih tinggi daripada sasaran purata pertumbuhan tahunan sebanyak 3.7 peratus yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jumlah itu adalah berdasarkan pertumbuhan mampan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 6.2 peratus dan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak dua peratus bagi suku ketiga tahun ini.

“Peningkatan produktiviti buruh berkenaan telah disumbangkan oleh empat sektor utama iaitu pertanian (5.2%), pembuatan (5.1%), pembinaan (4.8%), dan perkhidamtan (3.7%).

“Mesyuarat hari ini juga telah memutuskan bahawa soal produktivti akan dijadikan sebagai sebahagian daripada agenda nasional yang akan diberi keutamaan tinggi oleh kerajaan dengan kerjasama pihak industri, swasta dan badan lain,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Laporan Produktiviti Buruh Suku Tahunan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Produktiviti Negara di Parlimen hari ini.

Perdana Menteri berkata, pencapaian produktiviti buruh setakat ini memberangsangkan dan ia selari dengan hasrat kerajaan untuk mencapai ekonomi yang didorong oleh produktiviti.

Kata Najib, MPN juga percaya pencapaian berkenaan dapat dikekalkan untuk menghasilkan kadar pertumbuhan ekonomi mampan serta bersifat inklusif yang akan memberi manfaat kepada rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");