Perak Hari Ini

Projek Jalan Anak Kurau-Kamunting Fasa 2, Bermula Awal Tahun Hadapan

BATU KURAU:Fasa 2 projek jalan dari Anak Kurau – Kamunting sepanjang 6.4 kilometer yang menelan kos kira-kira RM91 juta dijangka bermula awal tahun hadapan yang mana kini ia berada dalam proses pembukaan tender.

Adun Batu Kurau, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata projek fasa satu Anak Kurau- Kamunting telah bermula pada tahun 2013 yang lalu bagaimanapun pembinaanya tertangguh sekian lama disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak boleh dielakkan.

Beliau terdahulu meninjau sendiri keadaan lokasi tapak fasa satu jalan Anak Kurau-Kamunting di sini hari ini.

“Fasa satu terhenti di Kampung Anak Kurau sejak tahun 2013 dan ia mengambil masa kerana faktor reka bentuk jalan yang beberapa kali ditukar bagi menyesuaikan dengan topografi laluan tersebut malah ia juga perlu memenuhi harga syiling yang pihak Kementerian tetapkan,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Katanya projek Jalan Anak Kurau- Kamunting fasa dua akan dilaksanakan pada peringkat pengeluaran tender yang akan ditutup pada 23 November ini.

“Reka bentuk terkini berbeza daripada jalan pertama yang agak panjang meliputi 11.5 kilometer dan kedua 6.2 kilometer dan struktur jalan lebih praktikal

“Ia berita baik buat penduduk kampung yang menunggu sekian lama untuk mendapat manfaat daripadanya,” katanya mengulas mengenai projek jalan tersebut yang dijangka mengambil masa dua tahun untuk siap sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Jelas beliau lagi, pembinaan fasa kedua akan menambah bilangan jalan yang ada serta dapat menggelakkan kesesakan di Pekan Batu Kurau pada waktu cuti dan musim perayaan kerana ketiadaan jalan alternatif yang lain.

“Jalan ini akan menjadi jalan alternatif kepada penduduk kampung di kawasan seperti Kampung Anak Kurau, Kampung Simpang Empat, Kampung Sepenih dapat menggelakkan kesesakan,” katanya.

Katanya, penangguhan pembinaan jalan tersebut bukannya disengajakan kerana ia melibatkan proses pengambilan tanah, tanah pertanian, perumahan dan reka bentuk bersesuaian dengan harga syiling supaya mampu menjimatkan.

“Sedia ada jalan adalah sepanjant 2.5 km telah siap manakala fasa kedua melibatkan 6.4 km meliputi jarak keseluruhan 8.5 km jadi jalan akan lebih pendek berbeza dari sekarang sejauh 30 km.

“Penduduk keseluruhan 45,000 akan beroleh manafaat darinya memilih jalan pintas untuk ke Kamunting dan dari arah selatan malah Jalan baru Kampung Batu 14 ke Simpang Empat Anak Kurau akan menjadi satu jalan alternatif dikelolai oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri,” katanya.

Terdahulu Amin turut merasmikan tapak padang kawad Balai Bomba Dan Penyelamat Batu Kurau serta menyaksikan demostrasi keselamatan oleh para anggota Bomba.

Sejurus selepas itu, Amin turut memberi peluang kepada tetamu yang hadir merasai sendiri keenakan durian Batu Kurau yang sudah terkenal berhampiran kawasan Kampung Air Hitam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");