Perak Hari Ini

PRU-14: SPR Akan Catat Kehadiran Wakil Parti Politik

IPOH: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menggesa agar semua parti-parti politik yang bertanding dalam satu-satu kawasan agar menghantar wakil mereka tanpa gagal sepanjang proses pengundian di buat dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU 14) nanti.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, SPR akan mencatat kehadiran nama-nama wakil parti politik yang hadir mahupun tidak bagi menepis sebarang prespektif negatif terhadap badan tersebut.

“Kita berharap mereka dapat menghantar wakil-wakil mereka dengan cukup di mana kalau proses membuang undi itu bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang, maka buatlah dua kali giliran atau pertukaran.

“Ini supaya mereka melihat sendiri bagaimana situasi proses pengundian berlaku dari awal sehingga akhir dan apabila berlaku sesuatu, mereka sepatutnya memberitahu  perkara yang sebenar.

“Jangan tuduh SPR ini sorok sesuatu demi kepentingan poltik dan sebagainya kerana kita ini bukan parti politik, sebaliknya, kita ini diberi mandat oleh Yang Di-Pertuan Agong sebagai pelaksana dan mekanisma bagi menjalankan proses pilihanraya itu sendiri,” katanya.

Tambahnya lagi, walaupun tidak ada sebarang peruntukan akta mahupun undang-undang jika parti-parti politk bertanding gagal menghantar wakil mereka, namun SPR memandang serius akan perkata tersebut.

“Kita boleh terbitkan dan edarkan kepada media senarai kehadiran wakil-wakil parti poilitk, jika perlu.

“Walau bagaimanapun, ia bukanlah sebagai tindakan yang mahu menghukum mana-mana parti namun, janganlah sampai (jika berlaku sebarang kemungkinan), parti dia yang bersuara, dan tuduh macam-macam sedangkan, tidak hantar wakil,” ujarnya.

Pada masa sama, Mohd Hashim berkata, SPR merupakan organisasi yang sentiasa bertindak mengikut lunas undang-undang dan perlembangaan negara.

“Ada yang memandang sinis apabila berlaku kes-kes mahkamah yang melibatkan SPR sahaja, pasti kita menang.

“Ini kerana, kita sentiasa bertindak mengikut peruntukan akta dan perlembagaan negara, seperti yang diamanahkan.

“Kalau tidak percaya kepada SPR, badan mana yang anda rasa layak untuk menggantikan tempat kami dan saya percaya, jika badan itu naik, mereka tetap menerima tomahan yang macam-macam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Taklimat Parti Politik Bagi Persediaan Menghadapi Pilihanraya Umum di Pusat Konvensyen Amanjaya, Meru Raya, dekat sini, pada Isnin.

Ia melibatkan penyertaan 240 peserta terdiri daripada wakil-wakil dan kepimpinan daripada 12 parti-parti politk.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");