Perak Hari Ini

‘Pukimak’: Pemuda UMNO Buat Laporan Polis Kedua Terhadap Nga

IPOH: Laporan polis kedua dibuat Pemuda UMNO Perak terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang, Nga Kor Ming berikutan tindakannya yang mengeluarkan kenyataan dengan kata-kata kesat.

Nga semalam, mendakwa kononnya beliau difitnah UMNO dan Barisan Nasional (BN) menerusi satu video klip di  New Malaysian Post.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda UMNO Perak, Khairul Sharil Mohamed menegaskan, berdasarkan kepada video asal daripada Taiping kiniTV di YouTube, Pengerusi DAP Perak itu memang telah mengeluarkan kata-kata kesat dalam satu siri ceramahnya di Kampung Simee, Khamis lalu.

Katanya, selain laporan, salinan video yang berdurasi 26 mini 34 saat itu turut diserahkan kepada polis bagi membantu proses siasatan.

“Kita berharap, pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang tegas kepadanya kerana dikhwatiri akan menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan masyarakat khususnya kepada pemimpin kita (akibat dari fitnah berkenaan).

“(Ini bukan pertama kali) sebelum ini, beliau juga pernah menyebut ‘Perak Darul Kartun’, serta menghina Menteri Besar dengan mengelarkannya ‘Menteri Besar Hitam Metalik’ dan ‘Haram Jadah’ dan kali ini dia kata ‘Pukimak’ pula.

“Ini kata-kata yang tak sepatutnya keluar daripada mulut seorang wakil rakyat,” katanya.

 

Tambahnya lagi, dalam arena politik, sepatutnya unsur-unsur seperti politik kebencian harus dikikis kerana ianya hanya mendatangkan mudarat serta kerosakan kepada masyarkat.

“Walau apa pun yang hendak diraih dalam politik, politk kebencian ini harus kita jauhi kerana ini melibatkan kepentingan (keamanan) bersama, masyarakat, negeri dan seterusnya negara,” ujarnya.

 

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik Pemuda BN Perak, Mohamad Adli Mohd Tahiruddin turut menggesa agar Kor Ming membuat permohonan maaf kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta seluruh rakyat Malaysia atas tindakannya itu.

“Politik pembangkang hanya berlandaskan politk kebencian yang mana jauh beza jika dibandingkan dengan BN khususnya dibawah kepimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang sentiasa membawa politik pembangunan di setiap pentas-pentas ceramahnya,” katanya melalui satu kenyataan.

Terdahulu media melaporkan, menerusi satu video rakaman ceramah pembangkang, ADUN DAP tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesatnya serta menfitnah Zambry kononya anugerah Game Changer yang diterimanya daripada BrandLaureate adalah dibayar.

Atas sebab itu, seramai 7 badan bukan kerajaan (NGO) tampil membuat laporan polis, kelmarin.

Mereka terdiri daripada Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Perak, Parlimen Belia Malaysia Perak dan Nadi Rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");