Jenayah

Pulau Pinang, Seberang Perai Sekali Lagi Banjir Kilat!

GEORGE TOWN – Tidak sampai sebulan, beberapa kawasan di negeri ini sekali lagi dilanda banjir kilat untuk kali kelima dalam tempoh lima bulan berikutan hujan lebat turun sejak awal pagi Sabtu.

Jurucakap Pasukan Penyelamat dan Bomba negeri berkata, lebih 10 kawasan di bahagian pulau dan tanah besar Seberang Perai ketika ini dilaporkan telah dinaiki air dengan puluhan rumah penduduk di kawasan rendah terjejas.

Katanya, antara kawasan terlibat ialah di Bukit Tengah, Seberang Jaya, Sungai Pinang, Relau, Sungai Nibong, Balik Pulau, Teluk Bahang, Paya Terubong dan Bayan Lepas hingga menyebabkan banyak aktiviti penduduk terganggu.

Manakala sekitar bandar raya George Town pula antara kawasan terjejas ialah Jalan Masjid Negeri, Jalan P. Ramlee, Jalan Langkawi, Lebuh Carnavon, Lebuh Muntri, Lorong Kinta, Jalan Anson, Lebuh Kimverly dan Lebuh McNair.

Catatan stesen Jabatan Pengairan dan Saliran merekodkan hujan turun dari jam 2 petang hingga 6 petang sebanyak 115mm di Sungai Pinang, 127mm di Air Itam, 98mm di Sungai Dondang sementara tempat-tempat lain 70mm.

Menurutnya, selain taburan hujan tinggi, bencana banjir kilat turut berpunca daripada pertembungan air pasang besar di kawasan tepi laut sekali gus menyebabkan air di beberapa batang sungai melimpah ke tebing.

“Bagaimanapun buat masa ini, belum ada pusat pemindahan dibuka tetapi kita tetap sedang berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan buruk pada bila-bila masa sahaja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, hujan lebat pada amaran tahap jingga ini dijangka berterusan sehingga pagi Ahad dan kemungkinan besar menjejaskan semua empat negeri di wilayah utara semenanjung. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");