Berita Hari Ini

Putera Harry Kahwini Meghan Tahun Depan

LONDON: Putera Harry bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya yang merupakan seorang aktres, Meghan Markle pada awal tahun depan.
Pengumuman itu dibuat menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kediaman rasmi Prince of Wales, Clarence House semalam.
Menurut laporan Utusan Online, “Prince of Wales, Putera Char­les gembira untuk meng­umumkan pertunangan Harry dan Markle. Perkahwinan mereka akan berlangsung pada musim bunga tahun depan,” kata kenyataan rasmi tersebut.
Pasangan berkenaan akan tinggal di Nottingham Cottage di Istana Kensington selepas mereka melangsungkan perkahwinan.
Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa Harry akan melamar Meghan dalam waktu terdekat.
Dalam pada itu, ibu bapa Meghan, Thomas Markle dan Doria Ragland melahirkan pera­saan gembira dan mendoakan agar pasangan terbabit menjalani kehidupan bahagia.
“Anak perempuan kami mem­­punyai personaliti yang baik dan penyayang. Melihat dia bersatu dengan Harry, yang turut berkongsi sifat sama, adalah satu kegembiraan bagi kami sebagai ibu bapanya,” ujar mereka menerusi kenyataan dikeluarkan.
Sementara itu, Duke dan Duchess of Cambridge, William serta Kate Middleton teruja melihat pasa­ngan berkenaan akan disatukan.
“Adalah menakjubkan apabila mengenali Meghan dan melihat bagaimana dia dan Harry gembira bersama,” kata pasangan terbabit.
Harry dan Meghan mula menjalinkan hubungan pada bulan Mei tahun lalu sebelum mengikat tali pertunangan awal bulan ini.
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");