Perak Hari Ini

Rakyat Harus ‘Think Tourism, Act Toursim’: MB Zambry

IPOH: Menteri Besar Perak menggesa masyarakat agar merakyatkan industri pelancongan di negeri ini seperti melalui pendekatan ‘Think Tourism, Act Toursim’.

 

Menurut Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, dalam usaha merancakkan lagi sektor pelancongan, ia bukan sahaja terletak pada bahu kerajaan negeri malah, ia juga perlu melibatkan kerjasama rakyat di semua peringkat seperti mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif selain menjaga kebersihan di kawasan sekeliling.

“Pelbagai kempen dan usaha berterusan perlu diwujudkan bagi menyedarkan orang ramai untuk ‘Think Tourism, Act Tourism’, kerana industri pelancongan ini tidak hanya terhad kepada pengusaha hotel dan produk-produk pelancongan.

“Sebaliknya, setiap manfaat daripada kedatangan pelancong ke Negeri Perak ini turut akan memberi kebaikan dan akan dirasai jika sesuatu tempat itu dibangunkan yang mana ia dikenali sebagai pelancongan berdasarkan komuniti seperti sektor makanan, pengusaha pengangkutan, kompleks perniagaan dan lain-lain,” katanya.

 

Tambah beliau, dalam inisiatif merancakkan lagi sektor pelancongan, kerajaan negeri juga pada masa sama, sedang dalam usaha meneruskan cadangan mewujudkan sebuah lapangan terbang baharu selain pembangunan projek kompleks beli-belah premium, hotel dan kediaman, Silverlakes @ Kinta Valley, di Batu Gajah.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata kerajaan negeri akan meneruskan kempen-kempen pelancongan pada masa hadapan.

 

“Kita akan meneruskan kempen-kempen seperti Tahun Melawat Perak 2017 pada masa hadapan, dengan mengambil dua pendekatan pada tahun 2018.

“Pertama ialah memperkasakan jenama bandaraya Ipoh agar setara bukan sahaja dengan ibu negara malah setanding bandar-bandar besar dunia seperti New York, Hong Kong, Shanghai dan sebagainya.

“Kedua, kita akan memperkukuhkan lagi Negeri Perak sebagai destinasi pelancongan eko yang unggul di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Ujarnya, untuk tahun ini, Perak terus menerima jumlah pelancong luar negara yang ramai khususnya daripada Singapura, Vietnam, Thailand, India dan Australia.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Malam Anugerah Pelancongan Negeri Perak 2017 di Hotel Kinta Riverfront, dekat sini, pada Selasa.

Anugerah yang dianjurkan Tourism Perak dalam tempoh dua tahun sekali ini diadakan bertujuan memberi pengiktirafan kepada penggiat-penggiat industri pelancongan negeri serta sebagai menifestasi penghargaan atas sumbangan yang diberikan dalam membantu sektor pelancongan di Perak.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan serta Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.

Sebanyak 32 anugerah dipertandingkan antaranya Hotel Terbaik, Resort Terbaik, Kafe Hipster Terbaik dan sebagainya.

 

Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada penyanyi terkenal tanah air, Dayang Nurfaizah.

Berikut adalah senarai anugerah beserta pemenang;

 

1. Hotel Terbaik 100 Bilik Ke Atas – Hotel Weil, Ipoh

2. Hotel Terbaik Bawah 100 Bilik – Hotel Symphony Suites Ipoh

3. Resort Terbaik – Belum Rainforest Resort

4. Hotel Bajet Terbaik – De Park View Hotel, Ipoh

5. Chalet Terbaik – Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor

6. Homestay Terbaik – Homestay Labu Kubung, Kuala Kangsar

7. Pusat Peranginan Terbaik – Pusat Peranginan Bukit Larut, Taiping

8. Produk Pelancongan Terbaik (Advanture Tourism) – Pusat Pelancongan Gua Tempurung

9. Produk Pelancongan Berpotensi – Perak Agrotourism Resort (PATRO)

10. Agensi Pelancongan Berinovasi – Ipoh Overland Tours & Travel Sdn Bhd

11. Pengusaha Kraftangan Terbaik – SRAW Enterprise

12. Kafe Hipster Terbaik – Sarang Art Hub, Tanjung Malim.

13. Pemandu Pelancong Terbaik – Zulkifli Amran

14. Penulis Rencana Pelancongan Terbaik – Diane Yeoh

15. Sosial Media – Emily Lowe

16. Media Berinovasi – Gaya Travel

17. Media Berinovasi – Suara Perak

18. Penerbitan Pelancongan Terbaik – Jom Jalan-Jalan (RTM)

19. Organisasi Terbaik – Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Perak

20. Restoran Terbaik (Masakan Melayu) – Restoran Teratak Warisan Kampung

21. Restoran Terbaik (Masakan India Muslim) – Restoran M. Salim

22. Restoran Terbaik (Masakan Cina) – Restoran Mun Choong Sdn Bhd

23. Makanan Paling Popular – Nasi Kandar Ayam Merah Vanggey

24. Produk Makanan Popular – Kacang Putih Buntong

25. Agensi Kerajaan Berinovasi 1 – Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) Perak

26. Agensi Kerajaan Berinovasi 2 – Toursim Malaysia Negeri Perak

27. Pihak Berkuaa Tempatan Berinovasi 1 – Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH)

28. Pihak Berkuaa Tempatan Berinovasi 2 – Majlis Daerah Kerian (MDK)

29. Penerima Pengiktirafan Antarabangsa – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

30. Syarikat Korporat Berinovasi – Hospital Pantai Ipoh

31. Acara Pelancongan Terbaik – Dialog Pangkor, Institut Darul Ridzuan

32. Anugerah Khas Personaliti – Ketua Pengarah Tourism Perak, Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab Beg

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");