Berita Hari Ini

Rakyat Perlu Sedar Kepentingan Libatkan Diri Dalam Ekonomi Digital – PM Najib

KUALA LUMPUR: Bagi merancakkan ekonomi digital di Malaysia, kerajaan berhasrat untuk memberi tumpuan kepada usaha menanam kesedaran dalam kalangan rakyat tentang pentingnya sektor ini.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan juga bercadang membina ekosistem dan infrastruktur sokongan seperti sambungan internet berkelajuan tinggi untuk menarik minat lebih ramai agar menceburi ekonomi digital.

“Pada peringkat ini ialah untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat bahawa melalui penglibatan mereka dalam program-program berkaitan ekonomi digital mempunyai nilai yang amat besar,” kata beliau lapor Astro Awani.

Najib berkata demikian bagi menjawab soalan dari Siti Zailah Mohd Yusoff (Pas-Rantau Panjang) mengenai kekangan atau cabaran yang dihadapi kerajaan dalam menggalakkan rakyat untuk menceburi ekonomi digital.

Tambah beliau, bukti komitmen kerajaan dalam memajukan ekonomi digital dalam negara adalah dengan mewujudkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ).

“Lebih 60,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan melalui inisiatif ini menjelang tahun 2025,” kata Najib ketika menjawab soalan dari Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) mengenai peluang yang boleh diambil usahawan dalam bidang digital dan kesannya kepada masyarakat di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Najib berkata ada pelbagai inisiatif dan insentif seperti program eRezeki dan eUsahawan yang dipelopori MDEC bagi merakyatkan ekonomi digital untuk semua lapisan masyarakat.

Pada 2016, ekonomi digital telah menyumbang 18.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan akan meningkat kepada 20 peratus sebelum 2020.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");