Isu Panas

Ramai Mahu Saya Dipenjara-Tun M

KUALA LUMPUR:Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ramai pihak mahu dirinya dipenjarakan sejak beliau lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam rakaman video yang disiarkan di laman rasmi Bersatu semalam, Mahathir secara sinis berkata, ramai yang berminat menyaksikannya memakai baju lokap berwarna oren.

“Sejak saya aktif melawan Najib, ramai orang yang berminat supaya saya diberi pakaian oren dengan perkataan lokap. Jadi, ini satu langkah lagilah ke arah itu.

“Kalau polis buat siasatan, saya mungkin kena pakai kuning itu, puas hatilah ramai orang. Dewan yang buat keputusan ini mungkin berminat untuk lihat gambar saya pakai baju lokap,” katanya dipetik menerusi rakaman tersebut lapor Sinar Harian.

Kenyataan Mahathir itu dibuat, susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikeluarkan oleh Dewan Diraja Selangor yang murka terhadap tindakannya yang menghina bangsa Bugis.

Menurut Setiausaha Dewan Diraja, Hanafiah Jais, Sultan Sharafuddin sangat kecewa dengan perkara itu dan memandang serius apa diperkatakan Mahathir sebagai cubaan menghasut rakyat Malaysia untuk membenci dan memandang serong bangsa Bugis.

Mahathir semasa Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi di Padang Timur pada 14 Oktober lalu, dilaporkan menyebut Najib mungkin berasal daripada ‘lanun Bugis’ yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.

Susulan itu, ramai pihak menuntutnya memohon maaf kerana ucapannya didakwa menghina keturunan Bugis.

Bagaimanapun, Mahathir dalam ucapannya di sebuah perhimpunan di Alor Setar pada 20 Oktober lalu, menafikan beliau menghina keseluruhan keturunan Bugis, sebaliknya hanya menujukan kenyataannya kepada Najib seorang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");