Jenayah

Remaja Dilaporkan Hilang Telah Pulang Dengan Selamat

MUAR – Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang Jumaat lalu, didakwa telah pulang dengan selamat bertemu keluarganya awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip yang memaklumkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Abong itu telah pulang ke pangkuan keluarganya pada jam 2pagi tadi.

“Berdasarkan laporan daripada keluarga, tiada sebarang kecederaan ditemui terhadap remaja terbabit dan kita mengesahkan ia tiada kaitan unsur jenayah dalam kejadian ini.

“Malah, remaja berkenaan juga dipercayai keluar bersiar-siar dengan rakannya di sekitar Muar dan Melaka sejak dia keluar rumah Jumaat lalu. Polis mengandaikan kes ini selesai,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang remaja tingkatan satu dilaporkan hilang selepas memaklumkan kepada keluarga untuk ke rumah rakan sekolahnya bagi membuat tugasan sekolah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");