Membawang Hari Ini

Ribuan Peminat Sambut Hari Jadi Shah Rukh Khan

RAJA Bollywood Datuk Shah Rukh Khan menyambut ulang tahun ke 52 pada Khamis lalu dengan meriah apabila ribuan peminat berkumpul di hadapan rumahnya semata-mata untuk meraikannya bersama.

Kehadiran orang ramai yang bukan sahaja di daerah tersebut, malah dari luar negara adalah aktiviti tahunan peminat-peminatnya dari seluruh dunia.

Ribuan peminat akan berkumpul sejak awal pagi dengan membawa makanan dan hadiah sempena hari jadinya.

Mereka akan menanti sehingga pelakon Kuch Kuch Hota Hai itu muncul dan menyapa mereka.

Malah, aktiviti tahunan itu juga membuatkan pihak berkuasa polis untuk mengawal perkarangan kediaman aktor itu bagi menjaga keamanan.

Bagaimanapun, sambutan pada 2 November lalu itu turut berlaku kejadian buruk apabila seramai 13 orang peminat melaporkan kehilangan telefon bimbit dan barang berharga.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");