Berita Hari Ini

Ribut, Hujan Berterusan Di Tiga Negeri

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang dijangka berterusan hingga pagi ini di beberapa daerah di Negeri Sembilan, Johor dan Pahang.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan dikeluarkan jam 6.30 pagi tadi memaklumkan, daerah terbabit adalah Jelebu, Jempol dan Tampin bagi Negeri Sembilan.

“Bagi Johor, daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Pontian, selain Bentong, Bera, Rompin dan Pekan di Pahang,” kata kenyataan jabatan itu menerusi Facebook.

Sementara itu, laman sesawang Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran menunjukkan paras air Sungai Batang Baleh di Kapit, Sarawak sudah melepasi tahap jingga atau amaran.

Paras air sungai itu pada jam 6.15 pagi menunjukkan bacaan 118.02 meter, lebih 0.02 meter daripada tahap amaran serta menunjukkan trend peningkatan berterusan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");