Jenayah

Rogol Beramai-Ramai, 4 Pemuda Kena Jel 15 Tahun

JOHOR BAHRU – Empat pemuda dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati salah atas pertuduhan merogol gadis bawah umur secara beramai-ramai, dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Nuzul Ikhram Nurallail, 21; Mohamad Ridzuan Mohd Asri, 21; Muhammad Saiful Fauzi, 20; Muhammad Azlan Md Lazan, 21, dijatuhi hukuman itu selepas mahkamah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Ketika kejadian pada 30 September 2015, Muhammad Nuzul Ikhram berusia 19 tahun; Mohamad Ridzuan, 19; Muhammad Saiful, 18; manakala Muhammad Azlan, 19.

Dalam keputusan dibacakan Hakim, Mohd Fauzi Mohd Nasir turut menetapkan 5 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula untuk menjatuhkan hukuman terhadap seorang lagi tertuduh yang juga seorang juvana bagi menunggu laporan akhlak.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana merogol beramai-ramai dan jika sabit kesalahan, boleh dijatuhkan hukuman penjara hingga 30 tahun.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaili Sapun, manakala kelima-lima tertuduh diwakili peguam Hussin Othman.

Pada 7 Disember 2015, semua tertuduh termasuk seorang juvana itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur.

Semua tertuduh didakwa merogol seorang gadis berusia 14 tahun di sebuah tandas awam taman rekreasi di Taman Setia Tropika, Kempas di sini antara jam 12.30 tengah malam hingga 2 pagi.

Sepanjang tempoh perbicaraan sejak Disember 2015, seramai 16 saksi pendakwaan dan pembelaan dipanggil. – BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");