Sukan Hari Ini

Safiq Masih Kapten Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Jurulatih skuad kebangsaan, Nelo Vingada menjelaskan Safiq Rahim masih kapten Harimau Malaya walaupun pemain itu kini berdepan penggantungan satu perlawanan selepas menerima kad merah pada aksi kelayakan Piala Asia berdepan Hong Kong, 10 Oktober lalu.

Safiq bagaimanapun akan terlepas aksi keempat Kumpulan B berdepan Korea Utara di Stadium I-Mobile, Buriram, Jumaat ini dan tugasnya pasti akan diambil alih pemain lain.

Namun setakat ini Vingada masih belum menamakan pemain yang akan menggalas tugas kapten Harimau Malaya dengan pasukan itu sudah berlepas ke Buriram pagi tadi, lapor BH Online.

“Sudah pasti (Safiq masih kapten Harimau Malaya). Tapi dia tidak boleh beraksi untuk perlawanan pertama (Jumaat ini). Dia pernah bercakap secara peribadi dengan saya mengenai kad merah yang diterimanya.

“Tapi saya tidak boleh salahkan dia kerana mana-mana pemain pun boleh mendapat kad dalam perlawanan. Malah, Zinedine Zidane pun pernah menerima kad merah pada saingan Piala Dunia (2006).

“Kadangkala kita sebagai pemain akan hilang kawalan, tapi saya percaya dia (Safiq) akan kembali dengan prestasi terbaik selepas ini,” kata Vingada.

Safiq termasuk dalam senarai 23 pemain Harimau Malaya ke Buriram dan tonggak tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) itu hanya akan beraksi bagi aksi kedua berdepan Korea Utara di stadium sama pada Isnin ini.

Dua aksi berdepan Korea Utara itu adalah penentu sama ada Harimau Malaya akan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2019 atau tersingkir di peringkat kelayakan selepas berada di kedudukan tercorot kumpulan ketika ini.

Malah, tekanan juga pasti dirasai Vingada apabila dia masih belum meraih sebarang kemenangan sejak membimbing Harimau Malaya pada Mei lalu.

Namun, bagi jurulatih kelahiran Portugal itu, dia tetap optimis pasukannya mampu mencatat keputusan positif pada dua aksi berdepan Korea Utara.

“Saya percaya kepada semua pemain, mereka ada semangat dan kualiti. Apa yang saya harapkan mereka dapat memberikan aksi terbaik di Buriram nanti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");