Perak Hari Ini

Sambutan Keputeraan Sultan Perak Dimulakan Dengan Majlis Kesyukuran, Bacaan Yasin

KUALA KANGSAR: Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ke-61 hari ini dimulakan dengan majlis kesyukuran bacaan Yasin dan tahlil di Masjid Ubudiah, dekat sini.

Keberangkatan Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa diiringi Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan serta barisan EXCO Negeri dan ADUN.

Usai majlis bacaan Yasin dan tahlil yang diketuai Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim, jemaah terus mendirikan solat  mendirikan solat Jumaat yang diimamkan Mohd Helmi Ibrahim.

Majlis kesyukuran yang sama turut diadakan serentak di masjid semua daerah ini serta masjid di seluruh negeri.

Terdahulu, Raja Jaafar berkesempatan menziarahi Makam Raja Puan Besar Perak, Almarhumah Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");