Jenayah

Sarjan Polis Ditahan SPRM

KOTA BHARU: Seorang sarjan polis berusia 50 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan kerana disyaki terbabit dalam rasuah membabitkan jumlah RM1,800 di sebuah restoran di Pengkalan Datu, di sini, petang tadi.

Anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu itu ditahan pada jam 3 petang tadi.

Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Moh Shamsudin Yusof, yang mengesahkan perkara itu berkata, suspek ditahan kerana didakwa meminta rasuah berjumlah RM1,800 daripada seorang lelaki dipercayai pengedar dadah sebagai dorongan menyelesaikan siasatan berkaitan kes dadah.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu, esok untuk permohonan reman.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi,” katanya ketika dihubungi.

Rabu lalu, seorang sarjan polis berusia 29 tahun ditahan SPRM kerana didakwa meminta dan menerima rasuah berjumlah RM2,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap suspek dadah.

Suspek bertugas di Bahagian Narkotik ditahan di tempat kerjanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");