BATU KURAU: Ular sawa sepanjang empat meter yang memakan ternakan penduduk Kampung di sini ditangkap oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kurau malam semalam.
Menurut sumber Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, panggilan kecemasan diterima pihak Bomba sekitar jam 10.24 malam semalam bertempat di Jalan PPRT, Batu 20 di sini.
Kata sumber, ular sawa tersebut dijumpai berada di dalam reban ayam di tepi sebuah rumah.
“Didapati ular tersebut sedang berlingkar di bahagian alang atap reban ayam tersebut dan sedang cuba untuk memakan ayam yang berada di dalam reban itu,” kata sumber.
Pihak penyelamat berjaya menangkap ular tersebut dan diserahkan kepada pihak Jabatan Perhilitan.
Komen & Pendapat