Jenayah

Saya Hanya Tahu Daripada Laporan Media: Husam

KOTA BHARU – Adun Salor, Datuk Husam Musa mengakui hanya mendapat tahu anaknya direman di Mahkamah Kota Bharu atas tuduhan memiliki pil kuda, jam 5.22 petang tadi menerusi laporan sebuah portal tempatan.

Husam menerusi perkongsiannya di Facebook hari ini berkata, sehingga kini tiada pemakluman rasmi oleh polis dibuat terhadapnya mengenai penahanan itu.

“Saya hanya mendapat tahu anak saya, direman di Mahkamah Kota Bharu menerusi perkongsian laporan sebuah portal tadi.

“Juga tiada pemakluman polis beliau akan dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman pagi tadi lapor Sinar Harian.

Sinar Harian hari ini melaporkan anak lelaki seorang Adun di negeri ini ditahan polis kerana dipercayai memiliki 200 butir pil kuda di hadapan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas – Salor, Kampung Jelutong, di sini, semalam.

Suspek berusia 29 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, pada jam 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, anggota serbuan membuat pemerhatian kira-kira lima minit terhadap seorang lelaki yang berdiri di hadapan sebuah rumah di kampung itu.

Menurut Husam lagi,beliau juga tidak diberitahu lokasi penahanan anaknya.

“Saya hanya diberitahu oleh seorang jiran tempat beliau ditahan petang semalam anak saya ditahan sekumpulan lelaki.

“Saya akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai isu ini selepas dapat menemui anak saya pada waktu terdekat diizinkan polis,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");