Jenayah

Shafie Disiasat SPRM Sekali Lagi

KOTA KINABALU: Datuk Seri Shafie Apdal dipanggil semula oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan lanjut pada Isnin.

Menurut sumber, Presiden Parti Warisan Sabah itu disiasat pegawai SPRM di pejabat suruhanjaya itu selama kira-kira empat jam.

Shafie yang merupakan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tiba di SPRM Kota Kinabalu di Jalan Sulaman pada kira-kira pukul 10 pagi dan beredar sebelum pukul 2 petang.

Shafie merupakan antara 13 individu yang ditahan pada Oktober lalu, berhubung siasatan berkaitan kes penyelewengan dana awam bagi projek pembangunan luar bandar bernilai RM1.5 bilion yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Sabah antara 2009 hingga 2015.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");