Membawang Hari Ini

Shahir Hilang Lagi?

PENYANYI Shahir Zawawi dikhabarkan kembali ‘menghilang’ selepas seorang lelaki mendakwa dia gagal menjelaskan hutang sewa sebuah kereta mewah berjumlah RM24,000 pada awal November lalu.

Diburu media bagi mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan itu, Shahir, 29, bagaimanapun mengambil langkah berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kontroversi melandanya.

Pernah berjanji untuk terus kekal aktif dalam bidang seni, Shahir bagaimanapun nampaknya sekali lagi ‘hilang’ dan perkara itu membimbangkan peminatnya, lapor mStar Online.

Ke mana Shahir menghilang? Itu antara persoalan yang diajukan peminat di Instagram peribadinya, @shahirzawawi88 menereusi gambar terakhir di muat naik peserta program AF Megastar itu sebulan yang lalu.

Ramai membuat rumusan Shahir merajuk dan kembali menyepikan diri seperti sebelum ini kerana beberapa insiden kontroversi melanda dirinya.

“Tak kemas kini Instagram ke tuan tanah? Takkan hilang lagi kot?

“Masa Af Megastar setiap hari promosi dan undi Shahir tapi sekarang tuan tanah pun tak balas pertanyaan di Instagram,” antara komen ditinggalkan peminat.

Dalam pada itu, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat kepada Shahir agar tidak mudah cepat putus asa dan menyeru agar dia tidak meninggalkan bidang nyanyian seperti sebelum ini.

“Shahir jangan hilang lagi ya. Peminat semua rindu.

“Kuatkan semangat anda dan jangan cakap bukan-bukan mengenainya, berilah dia ruang dan peluang untuk selesaikan masalah. Jangan memaksa, kesian dia,” tulis seorang peminat.

Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai Mona Syamimi mendedahkan hubungannya dengan Shahir namun penyanyi itu menafikan perkara itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");