Membawang Hari Ini

Sharifah Khasif Ganti Haslin, Mufti Menk

SELEPAS umat Islam seluruh dunia gempar dengan tindakan biadab pemerintah Singapura ‘haram’ dua pendakwah popular termasuk Ustaz Haslin Baharim dari Malaysia, kali ada ada berita baik!

Penganjur IslamiCruise yang terkenal menganjurkan puluhan pelayaran Islamik akhirnya berjaya dapat ‘lampu hijau’ pihak Singapura untuk ganti dua penceramah asing itu dengan ustazah selebriti ternama juga dari Malaysia.

Menurut kenyataan sekretariat acara berprestij itu, Ustazah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman baru-baru ini, dipilih mengambil alih kekosongan ditinggalkan untuk pelayaran dari Singapura ke Banda Aceh, Indonesia.

Bekas johan qariah tilawah al-Quran dan kini berusia 35 tahun itu menggantikan Haslin atau lebih terkenal dengan gelaran Ustaz Bollywood serta ulama terkenal Mufti Zimbabwe, Ismail Musa Menk yang juga disebut Mufti Menk.

Sharifah Khasif turut mengesahkan berita baik itu menerusi rakaman video dalam akaun Facebooknya baru-baru yang menerima reaksi positif netizen apabila ditonton lebih 11,000 kali dan mendapat sejumlah 1,000 tanda suka.

Lebih menarik, ada peminat beliau tahu perkara tersebut melalui hebahan iklan di stesen TV AlHijrah akhir-akhir ini memaparkan wajah dirinya untuk pelayaran bertema Serambi Makkah itu dari 25 hingga 29 November depan.

Anak kedua daripada tiga orang beradik yang berasal dari Ipoh, Perak itu mencipta nama apabila menjuarai majlis tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa dua tahun berturut-turut iaitu pada 2008 dan 2009 lalu.

Sharifah Khasif menerusi video berdurasi 24 minit tersebut kelihatan ceria mengucapkan syukur apabila dipilih pihak sekretariat pelayaran itu sambil mengajak umat Islam khasnya peminat beliau menyertai acara berkenaan.

Wanita kacukan Yaman sebelah bapa dan Melayu sebelah ibunya itu pernah menggemparkan negara awal tahun ini apabila menawarkan pengajian al-Quran secara percuma dalam sebuah jet peribadi mewah sambil terbang di udara.

Setiap peserta namun hanya perlu bayar kos penerbangan RM33,400 sejam untuk pesawat jenis Falcon 2000 yang bernilai RM93.4 juta itu berlepas ke Dubai dan pulang ke tanah air pada keesokan harinya. – Mynewshub.cc/HAA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");