Berita Hari Ini

SiapaKenaHack.com Palsu

PETALING JAYA: Laman web siapakenahack.com yang tular adalah palsu.

Ia disahkan oleh pencipta laman web berkenaan, C.F Fong.

Fong juga merupakan pengasas syarikat perkhidmatan keselamatan LGMS.

Fong berkata, beliau mewujudkan laman web itu untuk mendidik rakyat Malaysia supaya berhati-hati terhadap laman web palsu.

“Idea tersebut untuk mendidik masyarakat kerana baru-baru ini mereka memasukkan nombor kad pengenalan mereka ke dalam laman web sayakenahack.com,” kata Fong.

“Anda tidak seharusnya bergantung kepada pihak ketiga untuk mengetahuinya,” katanya pada Ahad.

Satu semakan terhadap laman web siapakenahack.com yang kini tular mendakwa ia dibangunkan oleh Kementerian Majlis Komunikasi Siber Kebangsaan Malaysia (MNCCC).

Bagaimanapun, satu halaman dibuka selepas pengunjung memasukkan nombor telefon mereka, dengan mendakwa ia adalah laman web palsu bagi mendidik orang ramai mengenai penipuan data.

Halaman itu turut mendedahkan bahawa Kementerian MNCCC tidak wujud.

“Seseorang boleh mencipta laman web seperti itu tetapi dengan cara yang tidak baik. Sebaik saja anda memasukkan nombor telefon anda, satu permintaan mungkin meminta anda untuk memasang plug-in atau perisian yang mudah untuk pengesahan,” katanya, sambil menambah bahawa orang ramai tidak begitu mengambil perhatian apabila ditanya mengenai nombor telefon mereka.

Fong berkata, ketika itulah laman web itu boleh menghantar lebih banyak serangan ‘malware’ atau ‘ransonware’ kepada penggodam untuk menceroboh akaun.

“Prosedur sebenar adalah tidak perlu memasukkan apa-apa pada mana-mana laman web yang dicurigai,” katanya.

Tambah Fong, kira-kira 500 orang telah memasukkan nombor telefon mereka ke laman web itu sejak pagi Ahad.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat Malaysia supaya lebih berhati-hati apabila melayari laman web yang meminta maklumat peribadi, khususnya laman web yang begitu asing.

The Star baru-baru menerbitkan beberapa siri artikel mengenai pencerobohan data yang berlaku pada 2014 dan melibatkan butiran peribadi 46.2 juta pelanggan mudah alih di Malaysia.

Sebagai makluman, laman web siapakenahack.com adalah berbeza dengan laman web sayakenahack.com yang telah disekat oleh pihak berkuasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");