Perak Hari Ini

Sidang DUN Perak 21 November Ini: Bakal Bahas Bajet Negeri

IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Perak akan berlangsung pada 21 November ini bertempat di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Ia merupakan mesyuarat ketiga, penggal kelima bagi DUN yang ke-13 ini.

Yang DiPertua Dewan Negeri, Datuk Thangasvari Suppiah berkata persidangan akan mengambil masa antara lima hingga enam hari.

“Seperti biasa kita akan memberi ruang sepenuhnya kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk berbahas,” katanya.

Menurutnya, pada kali ini terdapat satu usul  yang akan dibentangkan iaitu berkaitan dengan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018, ataupun Bajet Negeri.

Tambahnya lagi, persidangan ini merupakan persidangan yang terakhir bagi tahun ini.

Dalam pada itu, persidangan DUN kali ini juga boleh diikuti melalui penstriman langsung (live streaming) dengan carian ‘DUN Perak November 2017’ di laman YouTube selain melalui portal Kerajaan Negeri Perak, menerusi pautan YouTube yang disediakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");