Perak Hari Ini

Silo Kilang Meletup, Dua Anggota Bomba Cedera

IPOH:Dua anggota bomba cedera akibat letupan kecil berpunca dari silo tangki habuk kayu
ketika kerja memadamkan kebakaran di sebuah kilang memproses papan, di Kawasan Perindustrian IGB, Tasek di sini pagi tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Datuk Yahya Madis kedua-dua anggota yang tercedera semasa proses memadamkan kebakaran di kilang tersebut sekitar 7.30 pagi tadi.

Katanya, selesai memadamkan api, dua anggota berkenaan naik ke atas puncak tangki setinggi bangunan dua tingkat bagi memasukkan air ke dalam pintu silo terbabit.

“Semasa operasi sekitar 7.30 pagi terima pihak penyelamat cuba memadamkan kebakaran kilang tersebut dan dua anggota telah naik ke kawasan atas bagi kerja-kerja baik pulih pada ketinggian 12 kaki untuk memasukkan air dalam lubang habuk kayu namun itu didapati masih ada bara api sebelum air dapat dimasukkan hingga mengakibatkan letupan,” katanya kepada media yang ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh selepas melawat mangsa yang tercedera hari ini.

Katanya lagi, akibat letupan kecil itu, seorang anggota mengalami kecederaan sebanyak satu peratus dan seorang lagi anggota cedera terbakar sebanyak 10 peratus pada kawasan muka, bahu dan tangan.

Bagaimanapun katanya kedua-dua anggota penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh berada dalam keadaan stabil.

Katanya, sebanyak empat letupan dilaporkan pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Perak sepanjang tempoh tiga bulan tahun ini.

“Seorang telah dibawa ke wad dan seorang masih dalam pemantauan doktor,” katanya.

Sementara itu turut hadir melawat mangsa, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rusnah Kassim.

Beliau yang ditemui turut menyatakan rasa simpati terhadap anggota yang tercedera dan menyifatkan kejadian sebegini antara risiko yang perlu dihadapi oleh anggota Bomba.

“Mereka adalah pegawai terlatih dan pastinya mereka mengambil risiko pada keadaan waktu kecemasan sebegitu, saya menzahirkan rasa simpati dan dalam situasi sebegitu pastinya ia risiko yang terpaksa dihadapi oleh para anggota penyelamat demi menyelamatkan harta benda dan nyawa orang awam.

“Diri mereka terdedah pada bahaya,namun keluarga perlu dibantu bagi memulihkan semangat mereka,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");