Perak Hari Ini

“Silverlakes Brand Village Outlet”, Kompleks Beli-Belah Premium Berkonsepkan Alam Semulajadi Di Kinta

LEMBAH KINTA:Silverlakes Brand Village Outlet,bakal menjadi satu pusat kompleks beli-belah premium yang pertama dibina merentasi sebuah tasik selain menerapkan konsep alam semulajadi dalam pembangunannya di Batu Gajah di sini.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ia merupakan satu lagi mercu tanda kepada negeri ini malah apabila bakal menjadi salah satu dentinasi utama untuk kehadiran pelancong beriadah dan membeli-belah apabila siap pada penghujung tahun 2018 kelak.

“Ia adalah satu projek besar yang menyaksikan pembinaan sebuah outlet dengan pelbagai kemudahan termasuk perkampung Datuk Lat malah projek ini satu perancangan yang begitu menarik kerana lokasinya yang strategik serta keindahan tasik dan flora-fauna di sekelilingnya.

“Malah jalan perhubungan, Jalan Simpang Pulai mengambil masa sekitar 10 ke 15 minit yang paling menarik terletak lokasinya hari bersebelahan dengan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Batu Gajah jadi pelancong kelak yang perlu melintas untuk ke kawasan ini,” katanya pada satu sidang media sejurus merasmikan majlis pecah tanah fasa pertama tapak outlet Silverlakes di sini hari ini.

Kata Zambry projek Silverlakes dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM2 bilion tersebut kini sedang giat dijalankan dengan pelaksanaan fasa pertama yang telah siap sekitar 20 peratus.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Silverland, Datuk Azizan A. Rahman berkata pelan pembangunan Silverlakes dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa pertama melibatkan pembinaan Silverlakes Brand Village Outlet disusuli dengan projek pembinaan hotel dan kediaman.

“Fasa pertama telah mula dibina pada April 2017 dan dijangka siap pada penghujung 2018, manakala upacara pra pembukaan dijadual pada suku pertama 2019,” katanya.

Jelasnya lagi Silverlakes Brand Village Outlet berkeluasan 400,000 kaki persegi itu akan menempatkan rangkaian 150 jenama barangan gabungan dari dalam dan luar negara.

“Ia merupakan outlet pertama yang menerapkan konsep alam semulajadi, yang pertama seumpanya di Malaysia kerana hampir 40 peratus kawasan diliputi dengan tasik,” katanya.

Keseluruhan projek Silverlakes @ Kinta Valley dijangka siap dalam masa tujuh hingga lapan tahun itu dibangunkan di kawasan seluas 207.1 hektar melibatkan fasa seterusnya iaitu pembinaan projek hotel empat bintang dilengkapi dengan 220 bilik yang bercantum dengan gedung membeli belah berkenaan serta penyediaan pusat konvensyen yang boleh memuatkan 1,200 tetamu.

Manakala fasa kedua memlibatkan pembangunan kawasan kediaman mewah dan moden iaitu rumah bandar (townhouse), kediaman berlaman dan vila tepi tasik meliputi 115 ekar dengan panorama tasik yang indah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");