Sukan Hari Ini

Status Pengurus Baharu Everton Didedah

EVERTON semakin hampir memuktamad pelantikan pengurus baharu bagi menggantikan Ronald Koeman.

Perkara itu didedahkan oleh pemegang saham majoriti kelab, Farhad Moshiri.

David Unsworth yang menjadi pengurus sementara sejak pemecatan Koeman 32 hari lalu, terpaksa berdepan dengan kekalahan 5-1 oleh Atalanta pada malam Khamis.

Moshiri menegaskan pengurus baharu akan diputuskan tidak lama lagi.

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada pengacara talkSPORT, Jim White, Moshiri berkata: “Keutamaan pertama adalah menstabilkan kelab dan memuktamadkan pelantikan seorang pengurus. Kita semakin hampir.”

Unsworth berharap untuk membuat tuntutan bagi mendapatkan kedudukan itu secara tetap selepas meninggalkan peranannya sebagai pengurus skuad di bawah 23 tahun.

Bagaimanapun, beliau dilihat pasti untuk kembali kepada tugas lamanya. – Mail Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");