Perak Hari Ini

Sultan Kedah Terima Darjah Perak

IPOH: Sultan Kedah, Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah mendahului senarai 331 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Negeri Perak bersempena dengan sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ke-61, hari ini.

Baginda akan dikurniakan Darjah Kerabat, dan disempurnakan dalam Istiadat Penganugerahan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Perak di Balairung Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pada 5 November ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) kepada Ketua Pengarah Pekhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Zainal Rahim Seman dan Pengerusi Pos Malaysia Berhad, Briged Jeneral (K) Tan Sri Mohd Khamil Jamil.

Katanya,  Baginda juga berkenan mengurniakan Darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) kepada dua EXCO Kerajaan Negeri iaitu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat,Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rusnah Kassim serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO dan Masyarakat Sivil, Datuk Shamsudin Abu Hassan.

Pada masa sama Pengarah Kumpulan New Strait Times, Yushaimi Maulud Yahaya turut mendahului senarai 20 penerima bagi  Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP).

Tambah beliau, Sultan Nazrin juga berkenan mengurniakan penganugerahan kebesaran negeri kepada ahli-ahli sukan kelahiran Perak, pada 11 November ini.

Antaranya, bekas atlet olahraga kebangsaan, S Josephine Mary, bekas atlet rejam lembing, Ng Kah Liew, atlet lompat kijang kebangsaan, Muhammad Hakimi Ismail, pemain bola sepak Perak, Mohamad Nasir Basharudin.

“Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang juga merupakan jurulatih sukan perahu layar, Mohd Nazri Seman, turut menerima pengaugerahan atas keupayaan beliau melahirkan dua orang atlet kebangsaan dalam sukan tersebut, yang juga merupakan anaknya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");