Perak Hari Ini

Sultan Nazrin Sertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, hari ini berkenan menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak di Dataran Pavillion di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan serta anggota Exco kerajaan negeri.

Larian yang diadakan bersempena Hari Keputeraan baginda yang disambut pada 4 November lalu disertai kira-kira 6,000 orang peserta daripada pelbagai lapisan umur.

Sultan Nazrin turut berkenan melepaskan peserta bagi kategori 15 kilometer (km), 10km manakala bagi pelepasan kategori 7km oleh Putera baginda, Raja Azlan Muzaffar Shah.

Bagi peserta kategori tetamu kehormat yang melibatkan jarak 2 km dilepaskan oleh Raja Datuk Seri Yong Sofia, adinda Sultan Nazrin.

Turut mencuit tumpuan adalah keletah Puteri Baginda Raja Nazira Safya yang turut serta berlari pada larian tersebut.

Tambah menarik aksi penerjunan payung terjun oleh Pasukan payung terjun Komando 69 yang mendarat tepat di tengah pentas utama.

Acara yang bermula pada 6.30 pagi itu turut diserikan dengan kehadiran pelakon kelahiran Perak, Datuk Michelle Yeoh dan pelbagai keletah peserta yang tampil berpakaian serta aksi yang menarik.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");