Berita Hari Ini

Suruhanjaya Pendidikan Disambut Baik

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyambut baik cadangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) supaya satu badan suruhanjaya pendidikan negara diwujudkan bagi memastikan sistem dan dasar pendidikan di negara ini lebih konsisten.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan suruhanjaya itu dilihat jalan penyelesaian mengekalkan dasar dan sistem pendidikan, meskipun berlaku pertukaran menteri.

“Memang kita sudah ada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP), tapi ia hanya melihat sudut skema pendidikan dan itu tidak mencukupi.

“Suruhanjaya seperti dicadangkan ini, saya lihat mampu ungguli dasar dan sistem pendidikan yang seharusnya dipatuhi semua menteri akan datang,” katanya pada Majlis Perasmian Persidangan Agung Tahunan GPMS ke-63 Tahun 2017, lapor Sinar Online.
Beliau berkata, ia sekali gus dapat mengelak murid dan pelajar terus jadi bahan uji kaji sistem serta dasar pendidikan negara.
“Mereka aset negara yang perlu diperkasa dan tidak harus dijadikan bahan uji kaji.
“Jangan ada agenda peribadi dalam sektor pendidikan, jangan ada pemikiran sempit, sebaliknya kita harus membangunkan negara dan bangsa.
“Ini bukan bermakna saya menyalahkan mana-mana menteri pendidikan dan menteri pengajian tinggi tapi dengan adanya suruhanjaya tersebut, dasar dan sistem pendidikan akan lebih konsisten,” katanya.
Sehubungan itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM1 juta disalurkan kepada GPMS atas perjuangan terhadap pendidikan negara.
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");