Sukan Hari Ini

Tak Sabar Jumpa Kedah

KAPTEN Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim mengintai peluang untuk merangkul Piala Malaysia buat julung kali apabila pasukannya berdepan juara bertahan, Kedah pada aksi final di Stadium Shah Alam, malam esok.

Perancang tengah skuad kebangsaan itu menjelaskan, persiapan skuad Harimau Selatan berjalan lancar selain moral rakan sepasukan berada dalam keadaan terbaik bagi menghadapi perlawanan berkenaan.

“Saya percaya sekiranya kami memberikan 100 peratus dalam persiapan ini, Insya-ALLAH kami berjaya memperoleh keputusan terbaik.

“Bagi saya, semua pemain pastinya mahukan kemenangan serta mahukan Piala Malaysia tahun ini berada di Larkin,” katanya memetik laporan sebuah portal tempatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");