Perak Hari Ini

Tambah Baik Pengurusan Jawatankuasa Masjid Seluruh Negeri

IPOH: PAS Perak menggesa agar sistem pengurusan ahli jawatankuasa masjid seluruh negeri dapat ditambah baik dan diselaraskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sepatutnya.

Timbalan Pesuruhjayanya, Radzi Zainon juga mencadangkan agar pemberian elaun pegawai-pegawai masjid yang melibatkan imam, bilal serta siak disalurkan melalui satu jawatankuasa khas dan bukannya secara terus.

Tambahnya lagi, elaun tersebut juga harus diberikan kepada pegawai masjid yang bertugas tanpa gagal menjalani tanggungjawab mereka.

“Ada kes yang kita dapati, pengurusan masjid tidak melaporkan imam mereka uzur dan oleh kerana itu, dia tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya.

“Walaupun begitu dia masih mendapat elaun dan perkara ini perlu diperbetulkan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat berkata, pernah sewaktu ketika, tidak kedengaran azan subuh dari Masjid Negeri dan tidak menolak kemungkinan ia berlaku di tempat lain.

“Kita juga ada mendapati terdapat pegawai masjid yang tidak hadir solat berjemaah kerana mendakwa dia tidak bertugas pada hari tersebut.

“Takkan solat jemaah pun ada sistem giliran?,” katanya dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Khamis.

Turut hadir, Setiausaha PAS Perak, Mohd Zawawi Abu Hassan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol dan ADUN Titi Serong, Abu Bakar Hussian.

Tambahnya, sebagai seorang pegawai masjid yang terlibat dalam institusi kepimpinan agama, merek harus menunjukkan contoh baik kepada masyarakat dengan memastikan kehadiran solat jemaah mereka penuh.

Pada masa sama, Abu Bakar mencadangkan agar Seksyen 23 dalam Enakmen Syariah dipinda supaya mana-mana individu yang meninggalkan solat jumaat boleh terus diambil tindakan, tanpa perlu menunggu tiga kali berturut-turut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");